Saturday, 16 June 2012

AKSES TIPS PEPERIKSAAN...TEKNIK BELAJAR NUR AMALINA

MENGINGATI PELAJARAN
“Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran .Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan.Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulangkaji.”

BAGAIMANA MENGUASAI KESEMUA MATAPELAJARAN?
“Daripada sepuluh matapelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu,hanya satu matapelajaran,iaitu Prisip Akaun,saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya.Yang lain,saya belajar sendiri di rumah.Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan.”

TIP MENGINGATI FORMULA & FAKTA
Buat nota ringkas
Lukis peta minda apabila mengulangkaji @ mempelajari tajuk baru
Wujudkan kata kunci
Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa
Buat latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati.
Ulangkaji di rumah secara berterusan.

TIP MENGUAT INGATAN
Tumpu perhatian sepenuhnya di dalam kelas.
Berfikiran positif.
Fikir perkara berf.aedah saja
Elak berfikir perkara yang memesong & merosakkan minda.
Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan & makanan segera.
Jangan minum minuman bergas.

MENGHAFAL @ MEMAHAMI
Ramai orang yang silap anggap.Saya tidak pernah menghafal matapelajaran membabi buta .Waktu mengulangkaji saya memahami sesuatu konsep itu terlebih dahulu.Faham lebih penting.
“Saya memahami konsep & idea sesuatu topik.Apabila telah faham mudahlah untuk ingat.Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu.”

LANGKAH MENGULANGKAJI
Semak sekali lalu bab yang hendak di ulangkaji.
Baca tajuk besar terlebih dahulu.
Baca tajuk kecil.
Teliti & cuba fahami gambar,gambarajah,ilustrasi & jadual yang tertera dalam bab tersebut.
Apabila mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk,teliti isinya secara detail.
Tandakan isi-isi penting dengan ‘highlighter’ di buku teks @ saya buat peta minda dalam buku nota khas.
Cari @ reka sendiri kata kunci.
Pada masa yang sama mengingat.
Ulangkaji awal ,jangan tunggu sehingga saat terakhir sebelum peperiksaan.

KAEDAH MEMAHAMI
Fahami sesuatu konsep secara menyeluruh.
Setelah faham barulah mudah mengingat data @ menghafal.
Hafal membutu tuli belum tentu dapat @ faham.
Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda.
Minda hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang di pelajari.

STUDY HARD @ STUDY SMART?
Study Hard menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami sesuatu topik.
Study Smart pula memahami sesuatu topik dengan pantas & selebihnya menggunakan minda untuk memberikan hujah & penjelasan.
Study Hard & Study Smart sama penting. Kalau bolah kita hendaklah study hard dan study snart! ‘Dan’ BUKAN ‘atau’.
Jangan belajar last minute. Belajar last minute menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang lain.Kalau anada belajar & mengulangkaji awal,anda mempunyai masa yang panjang & selesa untuk study smart.Bagaimanapun korbankan banyak masa jika anda mahu cemerlang


Nie lar tips2 Belajar.. harap2 membantu untuk kita semua.. terutamanya sy lar.. n x lupa juga sama kawan2 lain..
Tahun Neh SPM . so kena study btul2.. hehe.. GOOD LUCK! semoga semua neh mbantu pembelajaran.. :))

Dah baca? like laa kalau sudi dan tinggalkan comment :)

No comments:

Post a Comment